Huruf Pertama
Pemilihan huruf pertama pada nama
juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan
|
|
A
|
Ramah dan murah senyuman. Mereka
juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata
pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
|
B
|
Selalu tenang dalam menghadapi
masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka
juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam
pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
|
C
|
Ramah dan pandai berbicara. Ini
yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh
dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
|
D
|
Pendiam, bercakap hanya bila
perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang
menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu
bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
|
E
|
Pandai dan penuh pertimbangan
dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang,
tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati
orang lain terluka.
|
F
|
Punya pendirian yang teguh, tidak
mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan
amat berhati-hati bila berbelanja.
|
G
|
Kerap murung dan bersedih hati.
Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya
bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang
tekun.
|
H
|
Mudah simpati, bahasanya
lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa
dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
|
I
|
Suka memendam perasaan dan
permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang
lain. Suka menangis.
|
J
|
Ramah dan murah senyuman. Mereka
juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam
membuat keputusan dan tidak tegas.
|
K
|
Pandai berjenaka. Hari-harinya
sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita
rahsia sendiri.
|
L
|
Ramah dan pandai bergaul dan
mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain.
Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
|
M
|
Pandai dan kreatif, suka
kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan
sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
|
N
|
Baik hati dan rapi dalam
berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa
memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya
diri.
|
O
|
Serba boleh. Suka memendam
perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai
yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
|
P
|
Pandai berjenaka dan selalu ceria.
Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum
dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
|
Q
|
Setia dan mudah memaafkan orang
lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan
mudah emosi.
|
R
|
Pendiam dan bercakap hanya bila
perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar
cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
|
S
|
Pandai dan tekun dalam mengejar
cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya
mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya
meledak-ledak.
|
T
|
Sangat berdisiplin. Selalu
mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau
bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila
bersalah.
|
U
|
Suka berterus-terang dan
menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan
dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
|
V
|
Tutur katanya lembut dan pemalu.
Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang
disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
|
W
|
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya
amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan
sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan
kelembutan.
|
X
|
Budi pekertinya halus. Suka
melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan
mereka yang menyinggungnya.
|
Y
|
Pendiam dan tidak suka menonjolkan
diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat
yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
|
Z
|
Pandai berjenaka dan menyesuaikan
diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
|
Jumat, 15 November 2013
Arti Inisial Namamu
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar